Friday 15 April 2011

Terapi Relaksasi

Salam sejahtera,
Suasana hari ini banyak mengundang situasi yang boleh menyebabkan kita menjadi tidak selesa dan kadang kadang tanpa di sedari mengganggu orang lain. Gejala ini juga membawa kepada tekanan mental..Boleh berlaku kepada semua orang seperti pelajar sekolah , penuntut universiti dan juga sesiapa sahaja.
Untuk mengelakannya kita boleh melakukan teknik relaksasi .
Teknik relakasi adalah satu teknik khusus yang digunakan untuk mengurangkan dan mengawal tekanan mental.Berdasarkan prinsip bahawa teknan mental adalahakibat dari ketegangan otot otot pada tubuh dan boleh dikawal maka pelbagai teknik relaksasi telah diwujudkan.Bagaimana teknik relaksasi boleh dijalankan?Cuba yang ini mungkin anda  selesa.

Persediaan sebelum latihan relaksasi.
Sebelum menjalankan teknik relaksasi ambil perhatian perkara perkara berikut.
1.Suasana bilik /tempat yang tenang
2.Tiada gangguan  bunyi bising
3.Keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan sejuk
4.Boleh dijalankan dalam keadaan duduk atau baring.
5. Diri dalam keadaan selesa iaitu pakaian tidak terlalu ketat,bukakan tali leher dan tali pinggang jika ada dan pergi ke tandas sebelum latihan dijalankan.

Teknik Jacobson
1. Duduk /baring dalam keadaan selesa relakslah sebaik yang mungkin.
2. Pejamkan mata sepanjang latihan relaksasi dan hanya boleh buka mata semula setelah selesai latihan ini dijalankan.
Genggamkan kuat kuat kedua dua belah tangan  selama 10 saat. Tumpukan perhatian kepada ketegangan genggman anda.Kemudian lepaskan genggaman perlahan lahan .Rasakan ketegnagn itu hilang perlahan lahan .Ulangi proses itu sebanyak 3x

Kawasan tangan  
Bengkokkan  siku dan tekan kuat kuat kemudian relaks. luruskan semula dan rasa perbezaan nya

Relaks muka dan bahu
Kerutkan dahi dengan kuat kemudin relaks.
Pejamkan mata kuat kuat kemudian relaks
Kancingkan gigi kuat kuat dan relaks
Rapatkan bibir kuat kuat dan relaks
Rapatkan bibir kuat kuat dan relaks
Angkatkan bahu ke atas dan tahan kemudin relaks

Relaks dada dan perut
Tarik  nafas dan tahan kemudian hembus perlahan lahan
Kempis dan kembungkan perut kemudian relak

Relaks pinggang dan peha 
Luruskan peha   dengan cara menekan tumit ke lantai dengan kuat dan kemudian relaks.
Tekan kaki dan ibu jari ke bawah dan relaks.
Bengkokkan kaki ke arah muka dan rasa keteganganya kemudian relaks

Sekarang anda boleh relaks dengan jalan menyedut nafas dan perlahan lahan lepaskan keluar. Biarkan   mata anda tertutup supaya anda kurang sedar akan objek objek dan pergerakan sekeliling anda.

Teruskan relaks begitu ,apaibaila anda ingin selesai latihan anda kiralah ke belakang dari 4 hingga 1. Anda sepatutnya rasa segar , selesa dan terus terjaga

Bagaimana  , cubalah mungkin dapat kurangkan stress anda di tempat kerja   atau stress belajar.                                                                                                
    

Pengalaman dulu dan sekarang

Hari ni rasa nak kongsi cerita pengalaman,  masa kecil kecil dulu aku pernah intai kelas orang dewasa belajar menulis dan membaca, masa tu aku pun kecil lagi baru darjah 1@ 2 tahun 70an.Di sekolah aku pun belajar yang sama juga tapi bila tengok pak cik & mak cik tengah belajar aku rasa pelik dan lucu sikit ,dalam hati berkata orang tua pun belajar ABC juga.Aku dan kawan kawan suka duduk luar kelas tengok mereka belajar ,tapi Pak Mid(cik gu yang mengajar kelas dewasa tu) suka halau kami "pi main jauh jauh katanya" kami sebenarnya masa tu kami tak faham kenapa kami tak boleh tengok mereka belajar.rupanya cik gu Mid tak mahu murid muridnya (pak cik &mak cik) rasa malu pada kami budak budak kecil .Kalau teringat balik adalah jugak macam kisah cerita filem Allahyarham P.Ramlee (tak ingat tajuk filem)3 rakan yang masuk kelas dewasa sebab buta huruf dan berlaku kisah lucu yang mencuit hati.
Kagum pada orang orang dulu bukan saja sanggup berkorban untuk negara.bangsa dan agama tapi berusaha juga untuk memperbaiki diri sendiri.
Itu kisah dulu kisah sekarang ni , kebanyakan yang dah berpangkat pak cik & mak cik sekarang ni dah tak buta huruf lagi, kalau dulu orang masuk kelas dewasa sekarang ni masuk Universiti pula sama belajar dengan anak anak , (aku la tu) tak tau lah pulak samada ada sama anak anak seperti aku dulu mengintai kelas dewasa belajar dan tertanya baru nak belajar??? .

 

Thursday 14 April 2011

Rahsia solat awal waktu

Salam sejahtera,
Hari ni ingat nak study .Semangat dah ada  sikit dah bila tengok result  alhamdullilah..... dalam usia sebegini bukan senang nak belajar. tanggungjawab banyak yang perlu dijalankan.Bagaimanapun aku bersyukur suami dan anak-anak sentiasa menyokong dan sanggup berkorban. Cuma di tempat kerja banyak pula dugaan dan cabaran masa ni . tapi aku berdoa agar semua dapat dihadapi mengikut apa yang diredhai Allah semata mata dan aku tidak melatah mengikut hasutan syaitan.

Rasanya aku ingin berkongsi email yang aku terima daripada seorang kawan bukan islam.Terkejut kan .. orang bukan islam pula mengingtkan orang islam fadhilat sembahyang awal waktu. Terimakasih Puan T.Y.N walaupun aku dah pernah baca tulisan dari ustad ini tapi bila dapat email dari Puan TYN malu pula rasanya kita orang islam sendiri tak menyebarkan nya.
Ustad ,saya mohon kebenaran untuk attach tulisan ustad di sini .Terimakasih


>Rahsia Solat Awal Waktu       
>Ditulis oleh Ustaz Zahazan     
>Jumaat, 17 Julai 2009 17:35  
>
>Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
>
>Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. 
>Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama
> kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. 
>
>Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. 
>
>Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
> lagi.
>
>Waktu Zuhur 
>Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
>
>Waktu Asar 
>Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,
> iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 
>
>
>Waktu Maghrib 
>Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
> (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 
>
>Waktu Isyak 
>Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 
>
>Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 
>Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

>Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .  

Wednesday 13 April 2011

kisah hari ini

Salam,
Hari ini aku rasa letih sangat nak study pun rasanya tak boleh nak masuk lagi.
semalam  kena duduk di ' home stay' bengkel nursing process.
Nursing process yang dibincangkan tu sama sebijik format modul OUM advanced in nursing bukan benda baru bagi aku, tiap tiap sem. aku present kes study mesti ada nursing process kena buat. tapi dengar juga  n kdg2  ada jugalah yg kuarng jelas tu bertambah jelas emm. ada juga manfaatnya.tapi....... kena gigit nyamuk di homestay, n tidur tak mau lena mungkin sebab berubah tempat, tu yang buat rasa tak syok sangat ni.
Kawan kawan yang kongsi sama bilik pun complain yang sama ,mulanya kami bersembang juga sampai 1.30pagi tapai lepas tu sunyi saja ingat semua dah tidoq rupanya kata dok mengeram saja pasal fikir tak mau kacau kot kot kawan nak tidoq, semua fikir yg sama aneh juga
esok lagi letih nak present pencapaian jan-mac pula ... bila masa nak buat kerja yg dah mula berlonggok tu ????

Monday 11 April 2011

PERSONALITY DISORDER

PERSONALITY DISORDER
Individu yang  mempunyai personaliti ini mengalami gangguan emosi seperti kemurungan,kebimbangan atau kemarahan teatpi mereka mendakwa gangguan ini disebabkan oleh keadaan kehidupan atau kelakuan orang lain yang tidak baik. Mereka tidak menyalahkan corak kelakuan dirinya yang tidak sesuai

Etiologi
1. Keturunan
2. Persekitaran
    - Didikan ibubapa
    - Ibubapa bermasalah
    - Perasaan takut kepada penghinaan menyebabkan perasaan rendah diri. Keadaan ini menjadikan mereka
      menyalahkan orang lain untuk menutup kekurangan diri mereka (projection).

i. PARANOID PERSONALITY DISORDER
Pesakit sukar membentuk perhubungan dengan orang lain.
Pesakit mempunyai ciri ciri seperti

  • Argumentative
  • Sarcastic
  • Hostile
  • Suspicious
  • Guarded
ii. SCHIZOID PERSONALITY DISORDER
Pesakit yang mempunyai personality ini mempunyai kesukaran dalam membentuk perhubungan dengan rakan rakan atau pun dalam keluarganya sendiri.

Personality yang dicirikan dengan pengasingan diri:-
  • Kurang perhubungan dengan orang lain.
  • Suka bersendirian
  • Sensitif
  • Prasangka dengan orang lain.
  • Tiada kawan rapat.
  • Kurang berjaya dalam pelajaran.
  • Sukar mendapatkan pekerjaan.
iii. ANTISOCIAL PERSONALITY
Pesakit berumur lebih 18 tahun dan pernah mengalami conduct disorderpada umur lingkungan 15 tahun.Tingkah laku antisocial yang biasa dilakukan berulang-ulang sejak sebelum peringkat remaja seperti lari dari rumah,ponteng sekolah bergaduh,mencuri dan merosakan harta benda awam.


Pesakit mempunyai ciri ciri seperti:-
  • Bersikap agresif terhadap orang atau binatang.
  • Merosakan harta benda awam
  • Melakukan pendustaan dan penipuan
  • Tidak merasa bersalah apabila melakukan kesalahan
  • Mementingkan diri sendiri.
  • Tidak bertanggungjawab. dan bertindak mengikut perasaan.
  • Pesakit memandang pada (kuasa, kewangan dan seks)
Penilaian dilakukan apabila pesakit ini menunjukan tingkah laku yang memalukan dan tidak bertanggungjawab ,rekod jenayah,pasangan seks yang ramai,kerapkali suka menimbulkan pertengkaran dan pesakit tidak dapat menyara dirinya sendiri.Biasanya pesakit terlibat dengan ketagihan dadah.

iv. HISTRONIC PERSONALITY DISORDER

Pesakit mempunyai luahan perasaan yang sangat dramatik dan percakapannya seakan akan dibuat buat seperti bersandiwaara atau berlakon.
Pesakit mempunyai ciri ciri seperti
  • Perlukan perhatian dan selalu melibatkan diri dalam perhubungan dengan orang lain.
  • Bermula dengan minat selalu diganti denagn kebosanan.
  • Membuat persetujuan untuk mencapai matlamat yang sukar dalam jangkamasa yang panjang.
  • Mempunyai pengaruh untuk meyakinkan(impress) oranglain melalui pengalamannya.
  • Menarik / memikat.
  • Suka bergantung kepada orang lain.
  • Suka menipu diri sendiri dan kerap bercakap bohong untuk kepentingan dirinya.
  • Kemungkinan bertindak cuba mencederakan diri sendiri apabila menghadapi tekanan yang sukar diatasi.
  • Attention seeking behavior
  • Somatization.
iv NARCISSITIC PERSONALITY DISORDER

Pesakit mempunyi grndious dn perasaan bahawa dirinya sangat penting dalam sesuatu perkara.
Pesakit mempunyai ciri ciri seperti:-
  • Pesakit suka bercakap tentang kehebatan dirinya Tidak menghiraukan perasaan orang lain dan suka memperkecilkan keupayaan orang lain.
  • Perhubungan dan nilai prestasi kerja menurun kerana tidak boleh menerima teguran orang lain.
  • Mmentingkan diri sendiri menyebabkan mereka selalu memperalatkan orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan dan menganggap itu dalah hasil usaha sendiri.
  • Pesakit bertindak keterlaluan pada kritikan atau kekalahan ia juga merasa penuh kehinaan.
  • Pesakit ini selalu terlibat dalam substance abuse dan anorexia nervosa.
SUBSTANCE RELATED DISORDER
Penyalah gunaan dadah
  • Amphemine- Induced Disorder
  • Caffein - Related disorder
  • Cannabis - Related Disorder
  • Cannabis-Induced Disorder
  • Coccaine -Related Disorder
  • Coccaine -Induced Disorder
  • Hallucinogen use Disorder
  • Hallucinogen Induced Disorder

sekian.

Artikel ini dipetik dari sebuah buku mengenai kesihatan mental tetapi  'citation'tidak dapat diberikan kerana masalah teknikal harap maaf.
Bagaimana pun harap mendapat menafaat dan pengetahuan serta berdoalah supaya kita tidak tergolong dalam kelompok orang yang mempunyai sakit yang begini.
Sekiranya ada sedikit pun usahakan untuk mendapat rawatan agar tidak mengganggu orang lain serta mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
AMIN.
















Friday 8 April 2011

KONSEP PENDIDIKAN

Pagi ni aku baca tentang konsep pendidikan bagi subjek pengajian islam OUM Fakulti Sains Sosial Gunaan.Antara kandungan yang dipetik dari buku MPW1143/2143.

Tahukah anda bahawa perkataan "pendidikan " terdapat dalam al quran?

Dalam bahasa arab , pendidikan diterjemahkan sebagai tarbiyah.Dalam al quran ,pendidikan dibawa dengan kata dasar  rabba yang bererti "mendidik".

Sila rujuk Tafsir Pimpinan Ar Rahman, ayat 24, surah al Isra. Dalam ayat ini Allah mengajar manusia supaya selalu mendoakan ibu bapa dengan menyebut:

"Ya Allah. ya tuhanku,cucurilah rahmat ke atas kedua dua  ibu bapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidiku semasa kecil"


Abdul Halim El-Muhammaady (1993) membuat definisi pendidikan Islam sebagai yang berikut:
"Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal , jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu , al Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf al Salih serta ilmuan muktabar,untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggung jawab kalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan akhirat"

Ringkasnya pendidikan islam dapat dikategorikan kepada 2 bahagian
  • Pendidikan Islam Mikro
  • Pendidikan Islam Makro
Pendidikan Islam Mikro ialah pendidikan islam yang diberi secara khusus dengan pengajaran ilmu ilmu asas islam seperti ilmu ilmu fiqah, tauhid,tafsir,hadis dan sebagainya serta penerapan nilai nilai islam dalam amalan serta praktikal.Ini menjadi tanggungjawab kepada orang orang yang mempunyai pengetahuan yang mantap dan mahir dalam ilmu ilmu berkenaan.

Pendidikan Islam Makro pula ialah proses pendidikan secara tidak langsung dan tidak formal yang dimainkan oleh setiap individu , keluarga dan masyarakat Islam.
Apabila seseorang menegur perbuatan buruk dan sebaliknya mengajak orang berbuat baik, maka itu adalah pendidikan Islam secara makro.

INSTITUSI PENDIDIKAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM

Instirusi pendidikan pertama ialah rumah baginda S.A.W sendiri.Baginda mengajar dan mendidik ahli rumahnya dengan didikan Islam , iaitu percaya kepada kewujudan Allah yang maha Esa. Setelah itu baginda berpindah ke rumah kepunyaan Al Arqam bin Abil Arqam yang telah dijadikan pusat pendidikan Islam selepas ramai memeluk Islam dan rumah baginda tidak sesuai lagi dijadikan tempat belajar.