Thursday, 23 June 2011

Pecah belon

         Selepas balik berkursus peningkatan dalam perkhidmatan semalam,rasa letih teramat sangat ,2 malam kurang tidur.. apapun itu tidaklah menjadi persoalannya.. yang penting 3 hari 2 malam yang saya korbankan untuk mengikuti kursus ini perlu dikutip sepenuhnya .. pengorbanan untuk pergi kursus ni????.... kursus ni  bukan nya kena bayar duit pun, cuti pun tak ambil cuti sendiri apa yang saya korbankan ????...biar saya sendiri tahu cukuplah...k sebab  pengorbanan tak  besar mana pun. 

        Salah satu slot dalam kursus tu kami dibekalkan belon sorang sebiji dan perlu ikat belon tu di pergelangan kaki masing-masing dan diarah menjaga belon tersebut dari dipecahkan oleh rakan yang lain. Ringkasannya jaga belon sendiri dan cuba pecahkan belon orang lain.

       Selepas saya lekatkan belon dikaki saya mula fikir macam mana nak jaga belon ni supaya jangan dipecahkan kalau belon saya pecah agaknya nanti saya akan dianggap tidak pandai menjaga barang sendiri atau  tidak bertanggungjawab , kalau tak dapat pecahkan belon orang lain nanti apa pulak pengertianya... saya keliru. "ok  mula sekarang" arahan telah diberikan tak sempat fikir lagi saya telah diserbu oleh salah seorang peserta cuba untuk pecahkan belon di kaki saya. opps...saya dapat mengelak  Kira 3-4 kali jugaklah belon saya dapat diselamatkan .lega.. sambil saya terkinja kinja ke tepi ke tengah mengelak .. tiba-tiba tangan  saya disambar oleh salah seorang peserta  dan dengan pantasnya 'pop!' belon saya meletup. sedih dan marah pun ada saya menjeling ke arah peserta tersebut untuk serangan balas dan cuba mengejarnya ..sedar  saya cuba pecahkan belonnya juga dia sempat mengelak dan cuba berlari tapi...... entah macam mana belon di kaki peserta tersebut tertanggal. saya terkejut macammana boleh tertanggal belon dia ni getah tak putus pun. dalam hati saya berkata "padan muka seronok sangat pijak belon orang".saya tak jadi kejar dia pusing balik dan cuba cari belon yang tertanggal tadi.dalam hati kesian juga, nak pijak ke tak belon dia ni tapi belon tu dah tak ada tuannya.Bagaimanapun saya tak dapat mengesan belon tersebut sebab telah dipecahkan oleh orang lain. cadang saya tadi nak kutip belon tu balik bagi kepada tuan dia lepas tu mungkin saya cuba pecahkan lah .. itukan permainannya.

         Namun pengajaran yang saya dapati, perbuatan kita terhadap orang lain walaupun kita tidak dapat membalasnya tetapi orang itu tetap mendapat balasanya .dan yang paling saya terkejut apabila saya melihat belon peserta yang tertanggal dari kakinya tanpa sebab sebaik saja selepas  memijak belon saya. MasyaAllah  apa yang diperlihatkan kepada saya ini satu pengajaran ,walaupun kecil dan sebagai satu pemainan saja tapi difikir secara logiknya , itulah kehidupan ini.
 
        Disebalik permainan pecah belon dapat diambil berbagai iktibar dalam kehidupan kita seharian.Mestikah kita perlu menindas orang lain untuk kepentingan kita????..... akhirnya yang rugi kita juga.

Saya  menyedari banyak lagi kelemahan saya yang perlu diperbaiki dan diberi teguran.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri atas keburukan yang jika  kita
 lakukan terhadap saudara kita sendiri.




Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)


"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)





Do not hate the trials that befall you or the calamities that happen to you, for they may be something that you hate but it leads you to salvation, and there may be something that you love, but it brings to you your doom - Hasan al-Basree [not a hadith]

     
    

No comments:

Post a Comment