Friday 29 July 2011

Ahlan Ramadhan

klik di sini untuk membaca al Quran

Salam Ramadhan


Ahlan Ramadhan

Teringat  masa berpuasa masa zaman kecik2 dulu, bulan puasa sungguh meriah tiap petang ibu akan menyediakan sejenis saja kuih sebagai juadah untuk berbuka. 
tapi, bila tiba waktu berbuka kuih yang terhidang di atas meja tak kurang dari 5 jenis.itulah rezeki di bulan puasa. Bukan beli di bazaar ramadhan........ tetapi dari jiran2 yang terdekat.sebab tu ibu akan berusaha juga untuk buat sejenis kuih setiap hari bagi  membalas pinggan kuih  jiran.Bertukar hidangan berbuka untuk berbuka , bayangkanlah betapa besar fadhilatnya.
Terasa betapa uniknya bulan puasa. .. bayangkanlah betapa islam membentuk umatnya jika kita menghalusi segala nikmatnya.
Puasa kini meriah juga tetapi berbeza dulu ,mungkin zaman yang berubah ini tradisi turut berubah kini berbagai jenis kuih yang terhidang semuanya dari bazaar ramadhan.
Apapun kita mengikut  arus kehidupan hari ini yang lama penuh nostalgia , cuma yang pentingnya bulan yang penuh barakah ini kita menafaatkan sepenuhnya. Alhamdullilah kita masih bertemu ramadhan tahun ini.
Teringat kata Allahyarhamah ibu 3 tahun dulu "entah tahun depan dapat jumpa ramadhan lagi, jadi tahun  ini menafaatkanlah kerana tahun depan belum tentu lagi" itulah pesan ibu yang telah pergi menemui yang Esa. 
Alfathihah untuk ibu tercinta semoga ibu ditempatkan bersama mereka yang mendapat rahmat  Allah.
"Ya Allah ya Tuhanku ampuni dosa ibuku dan kasihani ibuku seperti mana  ia mengasihani ku semasa masih kecil dan tempatkanlah ibu bersama sama orang yang engkau redhai." amin.

Wednesday 13 July 2011

Kelebihan Bulan Sya'ban dan Malam Nisfu Sya'ban

by Guru Agama Kerajaan Johor on Monday, 26 2010 at 2125


Disediakan oleh,
1. Ustaz Salman Maskuri
2. Ustaz Syed abdul Kadir al joofre
3. Ustaz Abu Muhammad
4. Ustaz Elman Syud
5. Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin


Apakah Kelebihan sya'ban

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟

ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم

"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa."
(Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)

Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan sya’ban:-

1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.

2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:
كان يصوم شعبان كله


"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban."
(Hr Bukhari - sahih)

Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا


" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban."
(Hr Nasaie)

Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:

ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان


"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan."
(Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)

oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا


"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa."
(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه


"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
(Hr Bukhari dan Muslim)

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

1. Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

2. Nabi saw bersabda:

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن


"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
(Hr Ibnu Majah - hasan)

3.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ
رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan)Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu(atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan(malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
4.


عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah)dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

5.

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ
شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :“Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.


Malam Nisfu Sya’ban adalah antara malam yang dikabulkan doa

Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."


Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Cara Salafussoleh menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban :

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid. Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.”

Imam Ibnu Taymiah juga berkata:

"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik."
(Majmu'ul Fatawa 131/23)


Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Apakah dibenarkan membaca Surah Yasin 3 kali di Malam Nisfu Sya’ban ?

Jawapan yang diberi oleh Mufti Mesir (Dr Ali Jum’ah) :

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod(menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" -
متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat


kesimpulan:

Oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.


Rujukan:

1. Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily
2. Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.
3. Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Sumber : http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-ibadah-kelebihan-bulan-syaban-dan-malam-nisfu-syaban/137914582904693

Tuesday 12 July 2011

Puasa Jururawat

Tidak sabar rasanya menyambut Ramadhan , bulan yang penuh keberkatan dan mulia. Bukan saja keberkatan nya dinanti tetapi suasana dan kenangan berbagai dibulan Ramadhan begitu nostalgia. Sebagai jururawat bukan semua hari dibulan ramadhan dapat dikecapi nikmat berbuka bersama keluarga. Bekerja shif ada kalanya berbuka puasa bersama rakan2 di tempat kerja malah bersahur juga. Di sinilah pengorbanan keluarga, suami dan anak2 yang sudah akur berbuka puasa dan bersahur tanpa isteri di rumah.

Berbuka puasa di tempat kerja bukanlah seperti di rumah sendiri, tiada hidangan atas meja.Tugas dan tanggungjawab perlu diutamakan. Pengalaman bekerja di bilik bersalin,tatkala azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa, adakalanya saat itulah juga seorang lagi  insan baru akan lahir ke dunia. Teringat pengalaman berbuka puasa dengan cara  meneguk air sejuk yang dituang oleh rakan seperjuangan ke dalam mulut kerana telah bersarung tangan untuk menyambut insan baru ke dunia.Itulah juadahnya. Alhamdullilah ketika itu terasa nikmat air sejuk yang mengalir ke tekak begitu menyegarkan. Ada ketikanya begitulah caranya kami jururawat berbuka puasa di tempat kerja. Tangisan bayi comel yang sihat dan senyuman ibu menatap bayinya yang baru lahir, menghilangkan segala rasa lapar dan dahaga hari itu.

Harapan ku semoga insan yang ku sambut lahir ke dunia ini menjadi insan yang berguna yang mengenang jasa ibu dan bapanya dan juga pemerintah yang menyediakan kemudahan menyambut kehadirannya di dunia ini dan semoga tidak menjadi insan mudah lupa dan mengkhianati  bangsanya sendiri dijalanan. AMIN

ILoveAllaah.com
Most of us do shopping for Eid on the last 10 days of Ramadan, which is a very crucial time for us on performing our Ibadah, since those days are the most important days where we can observe the Laylatul Qadr and earn a lot of reward.

So, instead of being bothered with the shopping stuffs, do shopping for Eid now and make yourself busy with lots of Ibadah on the last 10 days of Ramadan..

Tuesday 5 July 2011

Rujukan jururawat

Salam
Untuk kita jurrurawat semua... fikirlah apa yang perlu kita lakukan.


1
KAJIAN KES
Dilema Wad Ortopedik
Oleh : Pn. Lee Lang Eng & Ab. Hamid Ali
Kursus Penulisan Kajian Kes
INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

En. Aziz Pengarah Kolej Kejururawatan memikirkan bagaimana cara untuk menyediakan satu laporan dan cadangan untuk imej Kolej. Surat Rasmi yang dihantarkan kepadanya oleh seorang pensyarah pakar ortopedik pada 9 Mei 2009 mengenai kes seorang jururawat terlatih yang menjalankan prosedur pembalutan di wad Ortopedik telah menyentuh perasaanya. Dalam perbincangannya bersama  En. Abu Penolong pengarah, En. Aziz merasakan pihak kolej mesti mengambil langkah segera terhadap perkara tersebut kerana
Kolej ini adalah pusat latihan teringgi Kejururawatan. Seharusnya ia menjadi contoh kepada kolej-kolej lain yang ada di Malaysia.  Mesyuarat bersama Ketua-ketua Unit telah diadakan untuk melihat keadaan sebenar apa yang telah berlaku serta memulihkan semangat berkerja di kalangan pegawai supaya prestasi mereka tidak terjejas dengan peristiwa yang telah berlaku.  KEJADIAN YANG BERLAKU Pada 8 Mei 2009 Jururawat terlatih(JT) Maznah, seorang JT dalam Wad Ortopedik telah menjalankan pembalutan ke atas seorang pesakit yang patah tulang tangan kanannya kerana kemalangan. Ketika itu, pakar ortopedik En. Ranjit telah melihat prosedur tersebut dijalankan. Beliau tidak berpuas hati dengan  teknik yang dilakukan ke atas pesakit tersebut. Dengan suara yang tinggi beliau memarahi JT Maznah. Selepas itu En. Ranjit
terus menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Kolej menyatakan pihak kolej gagal menunjukkan cara mengajar cara-cara pembalutan yang betul terhadap jururawat.

2.
Pengarah Kolej Kejururawatan telah memanggil  ketua-ketua unit dan jururawat klinikal sebagai respons terhadap surat berkenaan. Pada masa itu juga prosedur pembalutan telah didemontrasikan di hadapan peserta kolej lalu dibandingka  dengan teknik sebenar prosedur pembalutan melalui CD dan Internet. Selepas itu JT Maznah dipanggil untuk menunjukkan tatacara melakukan pembalutan yang telah dilakukan oleh beliau.  Dalam Wad Ortopedik HAS Pada 8 Mei 2009 Jam 10 pagi, JT Maznah  dengan gembiranya telah menemui seorang pesakit di wad ortopedik. Sebelum menjalankan tugas, beliau memberi penjelasan  tentang tujuan dan tatacara prosedur pembalutan kepada pesakitnya En. Ahmad.

Maznah                : Assalamualaikum, apa  khabar. Macam mana keadaan encik pagi    ni?

En. Ahmad           : Waalaikumsalam, baik dan rasa  saya masih ok.

Maznah                : Maaf encik, sebenarnya saya nak buat pembalutan ke atas tangan encik  yang patah di sebelah kanan ni. Tujuan pembalutan   ini lakukan adalah untuk memastikan tangan kanan encik dalam keadaan stabil  serta tidak mengganggu pergerakannya. Selain itu, ia akan mempercepatkan lagi proses pemulihan tangan  encik   yang patah ini untuk kembali normal.

En. Ahmad           : Silakan.
Maznah                :(Sambil memegang tangan En. Ahmad dan memulakan prosedur balutan). Ok ya encik.

En. Ahmad  :  ya, saya ok.

 3
Tamu Tak di Undang
Lebih kurang jam 10.15 am. Pada hari dan pada  masa yang sama, En. Ranjit yang merupakan seorang pensyarah  pakar Ortopedik telah melihat keadaan Maznah yang sedang melakukan prosedur balutan tersebut.

Maznah  :  Oh, En. Ranjit, selamat pagi.

En. Ranjit  : Hoi, awak buat apa ni? Macam tu ke cara awak melakukan   prosedur balutan? (tiba-tiba membalas dengan meninggikan suara)

Maznah  :  Ia En. Ranjit, kenapa?

En. Ranjit  : Kalau macam itu cara kerja awak, saya menilai awak bukan sebagai jururawat terlatih, prosedur yang awak lakukan  terhadap  pesakit tu salah. (meninggikan suara)

Maznah : Habis macam mana encik, inilah yang biasa saya lakukan? (tersipu-sipu dan tersangat malu, semua pesakit berserta penjaga mereka memandang kepada Maznah)

En. Ranjit  : Saya tak sangka, ada dikalangan jururawat terlatih di wad ini yang tak pandai buat kerja. Awak dari unit mana?  Dari kolej mana anda dapat latihan jururawat?

Maznah  : Saya dari unit 3. Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah. (dalam keadaan tertekan dan malu Maznah   berusaha menghabiskan kerja-kerja pembalutan tersebut)

4
En. Ranjit  : Saya akan buat laporan kepada Pengarah Kolej tentang  cara kerja awak.

Dr. Lim  : Hallo Mr. Ranjit, jangan marah-marah cool la….nanti diaorang (Dr. Bertugas)  mogok tak nak kerja kita juga yang susah kena jaga pacient.

En. Ranjit : saya punya hal lah, you  jangan campur, you buat round you  la… (sambil berlalu meninggalkan wad…)
     
Dalam Bilik Mesyuarat
Pada 11 Mei 2009, jam  9.00 pagi. En. Aziz selaku Pengarah Kolej, En. Abu sebagai Timbalan Pengarah, telah memanggil semua ketua-ketua unit dan jururawat-jururawat klinikal untuk diadakan mesyuarat segera bagi melihat masalah yang sedang berlaku di HAS.

En. Aziz  :  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tujuan saya  (Pengarah Kolej)  memanggil tuan/puan untuk mengadakan  mesyuaratpada pagi ini adalah sebagai respons terhadap sepeucuk surat yang dihantarkan kepada saya pada 9 Mei 2009 oleh   seorang pensyarah pakar Ortopedik mengenai amalan  prosedur pelaksanaan pembalutan terhadap seorang pesakit di wad Ortopedik. Justeru itu, saya merasa sangat terganggu dengan isi surat tersebut kerana ia melibatkan  imej kolej ini sebagai salah sebuah tempat latihan kejururawatan yang sangat disegani buat masa ini. Saya fikir, masalah ini tidak sepatutnya berlaku terhadap jururawat  disini kerana mereka semua adalah kakitangan terlatih.

5
Pn. Lew
(Jururawat Klinikal) : Maaf tuan, sebenarnya saya belum tahu apa-apapun lagi tentang kes ini kerana dua  hari lepas saya mengambil cuti dan kalau boleh saya ingin tahu keadaan sebenar, apa yang telah berlaku di wad saya.

En. Aziz                  : Baiklah, saya akan menerangkan keadaan sebenarnya.  Begini, salah seorang daripada JT dari Ortopedik iaitu Cik Maznah bt. Hassan didapati telah melakukan prosuder pembalutan yang salah terhadap seorang pesakit, keadaan ini bukan sahaja menyalahi etika kerja, ia juga boleh menimbulkan implikasi yang tidak baik terhadap pesakit. Selaku pengarah, saya masih menimbang perkaratersebut kerana respons terhadap masalah ini datang daripada pensyarah Ortopedik dan belum meluas keluar. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kepastian dan penjelasan dari  tuan/puan dan perkembangan jururawat semasa daripada  Ketua Unit wad Ortopedik khususnya berkaitan dengan masalah ini.

Pn. Lew               : Tuan, saya rasa semua kaki tangan saya di wad tersebut telah  menjalankan tugas mereka dengan baik, sebelum inipun saya tidak  pernah mendengar kes kesilapan jururawat ketika
melakukan balutan ini. Ini kerana mereka adalah jururawat terlatih dan amalan tersebut merupakan satu tugasan yang sangat principal bagi  mereka. Jadi menurut tuan, adakah JT Maznah patut dipersalahkan dalam hal ini?

En. Aziz               : Ya, isi surat tersebut menyatakan pihak Kolej gagal mengajar tatacara membuat balutan yang betul terhadap pesakit sehingga JT gagal memainkan  peranan sebagai JT yang sebenarnya.

Pn. Ani       :  Tuan, kalau boleh saya ingin menjelaskan keadaan sebenar (Ketua Jururawat   apa yang telah berlaku pada hari tersebut. Sebenarnya,  Wad Ortopedik )ketika itu saya berada tidak jauh dari Maznah dan saya pun telah mendengar penjelasan daripada JT Maznah tentang  peristiwa tersebut. Maznah menyatakan kepada saya bahawa beliau telah menjalankan prosedur itu mengikut tatacara yang sebenarnya sebagaimana yang didapati  dalam latihan kejururawatan dan beliau sendiri pun hairan bagaimana En. Ranjit boleh menegur dan memarahinya sedangkan cara itu betul pada pendapatnya. Jadi macam  mana… Em.. pasal En.Ranjit tu, sebelum ni pun ada juga saya  dapat complain daripada jururawat tentang sikap beliau yang  suka memarahi jururawat…saya pun tak tahu nak cakap apa. (sambil melemparkan kepada ahli sidang..)

Pn. Lew  : Ya, saya bersetuju dengan Pn. Ani, saya sendiripun sudah banyak kali melihat dia naik berang dan selalu marah-marah pada jururawat dan kalau tak silap saya sebelum ni pun saya  pernah lihat beliau complain sesuatu terhadap Maznah.

En. Abu                   : Tn, saya fikir pokok persoalan sebenar dalam masalah ini  ialah berkaitan dengan persoalan prosedur balutan itu dilakukan sama ada betul atau salah, persoalannya sekarang bukan lagi masalah Maznah melakukan kesilapan. Oleh itu, pada pendapat saya, kita perlu melihat keadaan sebenar  bagaimana prosedur itu dijalankan sebelum kita menyatakan ianya salah.

En. Aziz :  Ya, saya setuju.
En.Abu  :  Tn, err.. oleh kerana semua ketua-ketua  unit sedang berada  bersama-sama dengan kita sekarang. Saya cadangkansupaya kita  sama-sama melihat prosedur balutan itu d dilakukan. Mungkin JT senior boleh lakukan demonstrasi tentang tatacara prosuder tersebut.

Ali           :            Ya, saya juga bersetuju dengan pendapat En. Abu dan saya  (KU Bedah)          cadangkan juga prosedur tersebut ditayangkan melalui CD    dan internet. Kemudian kita bawa JT Maznah untuk melakukan Demonstrasi.

En. Aziz         :   Jika kita semua merasakan itu yang terbaik, saya amat  berharap agar kes ini segera diselesaikan. Saya jemput Pn. Nita untuk Menunjukkan prosedur tersebut.

Pn. Nita  (JT senior) :     Baik tuan. (menuju ke depan peserta dan menunjukkan prosedur balutan yang sebenar dengan menggunakan objek patung)
   
En. Aziz               :  Terima kasih Pn. Nita, sekarang cuba kita tayangkan CD dan internet.

Akob (UnitTeknikal)    :     Ok tuan, saya akan tayangkannya sekarang (sambil mengambil alat cakera padat dan menayangkannya melalui slide, kemudian membuka laman web dan melihat prosedur tersebut melalui
Internet.

8
En. Aziz             : Pada dasarnya saya  berpuas hati dengan  apa yang telah dilakukan sebentar tadi. Jadi sekarang, boleh tak seseorang memanggil JT Maznah untuk melakukan demonstrasi tersebut.

Pn. Lew            : Ya tuan, saya boleh panggilkan, (dengan menggunakan telefon bimbit). Ya, dia datang sekarang juga.Pada jam 11.00 pagi sambil menunggu Maznah, mesyuarat berehat seketika. Tepat jam
11.15 pagi bersama-sama Maznah yang telah hadir dalam mesyuarat  tersebut. Mereka
meneruskan perbincangan.

En. Aziz            : Saya memohon maaf kerana terpaksa memanggil awak ke bilik mesyuarat pada pagi ini. Saya  fikir, awak sudah maklum dengan kes yang telah berlaku tempoh hari yang melibatkan awak dengan En. Ranjit. Saya sangat mengambil berat tentang perkara tersebut. Setelah mendengar maklum balas dari  pelbagai  pihak dalam mesyuarat  ini, kami telah memutuskan untuk melihat semula bagaimana  prosedur balutan terhadap pesakit dilakukan. Sebentar tadi, Pn. Nita telah mendemonstrasikan tatacara tersebut, tayangan CD dan internet juga telah kami lihat. Bagi menentukan kedudukan sebenar dalam masalah ini, kalau tak keberatan boleh tak saya arahkan awak untuk melakukan demonstrasi berkaitan dengan prosedur tersebut?

Maznah            :  Boleh tuan. (terus ke depan dan melakukan prosedur tersebut,
semua ahli mesyuarat bertumpu kepada Maznah)

En. Aziz           : Ok, t.kasih Cik Maznah, bagaimana pendapat tuan/puan terhadap prosedur tersebut?

Pn. Lew          : Setelah membandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Pn.Nita dan tayangan tadi, saya rasa JT Maznah telah melakukan prosedur tersebut dengan betul. Bagaimana pula dengan pendapat yang lain?.  (semua ahli menyatakan setuju dengan prosedur tersebut)

En. Aziz          :  Adakah awak pasti apa yang dilakukan pada hari tersebut sama dengan apa yang awak tunjukkan dalam demonstrasi  sekarang ini.

JT Maznah  : ya tuan.

En. Aziz                 : Baiklah, setelah mendengar keterangan dari semua pihak dan demonstrasi yang dijalankan tadi, saya fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai surgen  (En. Ranjit). Ini mungkin melibatkan masalah komunikasi, prosedur complain, dan mungkin juga ada masalah antara hubungan surgen dan nurse. Sebenarnya insiden ini ada hikmah  untuk saya melihat sejauh mana hubungan dalaman antara pelbagai pihak dalam hospital ini untuk dilanjutkan ke pihak  atasan. Ok. Lah,  jam ditangan saya sekarang menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Jadi, saya tangguhkan mesyuarat ini untuk hari ini. Terima kasih atas idea pandangan dan  perhatian tuan/puan ke atas kes ini. Saya akan meneliti perkara tersebut dengan lebih jelas dan akan segera mengatur pertemuan dengan En. Ranjit selepas ini. 10Tepat pukul jam 12.40 tengahari, ahli mesyuarat meninggalkan bilik mesyuarat dan melakukan tugas masing-masing seperti biasa di HSA.


Teaching  Guide
Orthopedic Ward Dilemma
SYNOPSIS
The case is about Staff Nurse(S/N) Maznah who was qualified as a nurse 3 years ago(2005), being scolded/ humiliated by the Orthopedics Surgeon Mr. Ranjit, whom as an in charge of the unit for being not performing the bandaging(arm sling) for a fractured right hand patient incorrect way. Acomplaint letter was sent to the director of Nursing College, Alor Setar, Kedah for the weaknessesof the staff nurse who was trained in that college.The director of the college, being disappointed called upon all the head of units, tutors and clinicalinstructors for an urgent meeting. The clinical instructors and tutors were instructed to demonstratethe procedure of bandaging. The procedure CD and the internet were on to check with the procedure. Staff Nurse Maznah was called to the hospital matron’s office to perform the bandaging procedure to the clinical instructor. After the procedure, it was found out that she had done the procedure according to the standard check list. She did it correctly! A reply letter was sent to the orthopedics Surgeon to inform him that there was nothing wrong with the training college and the nurse Maznah. She had perform the bandaging correctly.

OBJECTIVES
A). To enable all qualified nurses to be confident and alert during duties.
B). To enable all doctors and surgeon to respect each other at all times in hospital and wards.
C). To the important of continuing education for the updating of knowledge and nursing skills so that
can be respected by the surgeon. 11
D) To the college staff, tutors and clinical instructors constantly keep up to date the nursing
knowledge and skills in order to teach student nurse so that the surgeon be confident and qualified
staff.
E) To keep communications, relationship, procedure complain and human relation in the
organisation.

TARGET GROUP
The case is suitable for nurses, nurses in the management team, and nurses in the nursing college
and surgeon in the hospitals to develop their skills in patient care and work as as a efficient team.
Nurses using this case study should have sufficient knowledge and skills in patient care and ward
management.

CASE LEADING STRATEGY
It is suggested that the following method be applied during the teaching.
1). The case be distributed to the target groups before the class discussion.
2). The class be divided into groups of 8-10. Each group will be given 40 minutes to discuss the case
3). A role play may be perform on the case as to enable the students to have the feel of the situation.
4). Another 20 minutes will be allocated to the spokesperson from each group to give his/her group’s analysis of the case. The final 20 minutes can be given for general discussion by the class and the trainer for summary and comments.

Suggested Questions
1. Identify and carefully analyze the contributory factors relating to the dilemma in the orthopedic ward. Your answer should consider the perspectives from the following:
a. the staff nurse
b. the Orthopedics Surgeon (Mr. Ranjit).
c. The patient (En. Ahmad)
2. Do you think the surgeon has the right to scold the nurse in front the patient? Why?
3. why that the nurse was not confident to inform the surgeon that she did the right thing?
4. Should the surgeon write the complain letter to the Nursing College Director or the matron in charge of the nursing  staff of the hospital ? why?
5. Analyze the management problems facing the various key personal in the organization (Hospital and ward) How would you advice them to resolve them?
6. What are some and the key issues that a comprehensive training and continuing nursing education development topics be included for the nurse?

Analysis
A. The dilemma was caused by:
1. Lack of confidence of the nurse in performing the procedure
a. She was not sure of the procedure
b. She has been doing the procedure all these while without any questioning from doctors or surgeon

2. The reaction from the nurse
a. Obey the orders from the doctors/surgeon
b. Obey directive from the senior nurse in the ward

3. No respect from the higher authority
a. Surgeon think he has all the power  in the ward
b. Surgeon used to raise voice on the nurse

4. If is not right for the surgeon to write a complain latter to the nursing college
a. The nurse is an independent staff in the hospital
b. The nurse is no more a trainee of the college
c. Nursing director has no power to take any action on nurse if she make the mistake.

5. The matron in charge of the hospital should be the one come in to the picture.
a.   Maznah was her staff.
b. Was there any continuing nurse education given to developed all nurses includes Maznah


6. Nurses should be confident in caring for the patient
a. The nurse should now the procedure check list very well
b. The nurse should be able to inform the surgeon that she is not in the wrong

7. Nurses should be assertive in their carrier
a. A nurse should be able to say yes when due and say now when its not.

8. Nursing College had make the right moves to  rectify the dilemma
a. Call all staff especially clinical director to check on the procedure
b. The director got the tutor and CR to demonstrate the procedure
c. Compare with the CD and internet on bandaging check list
d. Clear of the nurse (Maznah’s dilemma of being abused in the ward.)



B. Introduction The Nurse
Nursing provides a caring service, where the nurse aims to promote, maintain and restore the optimum state health for each individual. The role of the nurse in the health care team is to provide holistic health care in a variety of settings which include health education, prevention of illness, promotion of health, care of the acute and chronically ill, rehabilitation and even to a peaceful death.  The nurse has a professional obligation to provide the delivery of health care not only to the individual but also to the individual's family and community.  To ensure such service can be efficiently delivered, the basic nursing (Diploma) course provides comprehensive preparation and sound foundation in health science, behavioral science, and nursing science using the integrated approach.

C. Quality  of Nurse
a. Must be interested in Nursing.
b. Has been involved in voluntary activities like Red Crescant, St. John's Ambulance, girls guides etc. This can be an added advantage.
c. Can speak several other languages besides mother tongue.
d. Physically and mentally fit.
e. Height 5 feet and above.
f. Body build - not too thin/not obese/Normal BMI
g. Single
h. Those with followings deformities or conditions may not be considered:
- HIV positive
- Epilepsy
- Without fingers
- Severe cleft palate  16
D. Characteristics required of a nurse :
a. Patience
b. Gentle and soft spoken
c. Caring and considerate
d. Compassionate
e. Committed and dedicated
f. Knowledgeable
g. Dexterous
h. Good communication skills
i. Able to think critically
j. Open minded, positive thinking
k. Able to work in a team
l. Matured

RUJUKAN :
Pn. Lang Eng L. & Ab. Hamid Ali.Dilema  di wad otopedik (n.d).Available :[Online].
         http://apps.intan.my/accsm/localcase/Dilema%20wad%20orthopedik_edited29Mei_.pdf (2011 July 5)