Thursday 12 July 2012

Doctors Brain,Nurses Heart

Saya tertarik dengan tulisan pada gambar di atas yang saya copy daripada facebook.Bravo! saya tak pasti sumbernya daripada mana tetapi..betulkan  .. itulah hakikatnya.
Apa pendapat anda pula?
Jururawat sebenarnya bukan saja jantung malah sebenarnya lebih dari itu.Apakah jururawat tidak menyedari betapa sebenarnya dirinya sangat berharga? .... Samada di bahagian Hospital atau Kesihatan apa saja tugas yang diserahkan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai tahap kualiti yang tertinggi.Setiap tanggungjawab yang diamanahkan dijalankan dengan sempurna. Hakikat inilah, rasanya tidak keterlaluan jika saya  berpendapat bahawa bukan saja pesakit malah unit-unit lain juga turut bergantung harap kepada jururawat bagi menjayakan tugas dan tanggungjawab mereka sendiri,malah tanpa bantuan daripada jururawat kebanyakan projek mereka tidak dapat berjalan lancar. 
Begitulah ibaratnya,  organ jantung ini walaupun semua tahu betapa pentingnya ia dalam satu tubuh manusia masih ia tidak dijaga rapi namun ia tetap berkhidmat sehingga yang paling akhir terhenti setelah yang lainnya tidak berfungsi lagi.
Walaupun begitu pentingnya jururawat merasakan  dirinya ini, tetapi dimanakah ia digredkan dalam organisasi? Jika kerana tidak berijazah Sudah ramai jururawat bertungkus lumus dan berjaya dengan usaha dan belanja sendiri untuk seiring dengan yang lain dengan mendapat segulung ijazah,tetapi hanya disimpan untuk kebanggaan sendiri dan anak-anak sahaja kerana peluang untuk mendapat kelayakan dan dihargai setimpal dengan kelayakan yang sama seperti orang lain terlalu sedikit.
Apapun jururawat tetap berbangga menjadi jururawat biarpun ibarat lagu yang tidak didendang.