JURURAWAT


Tema hari jururawat 2011  -

THURSDAY, 5 MAY 2011

 CLOSING THE GAP: INCREASING ACCESS AND EQUITY
Itulah tema sambutan hari jururawat tahun ini.Hari jururawat yang disambut setiap tahun pada 12 mei walaupun tidaklah se 'gah' sambutan hari yang lain tetapi sebagai seorang jururawat rasa bangga tetap ada kerana ada satu haridalam 365 hari adalah hari untuk jururawat.Saban tahun profession kejururawatan di Malaysia semakin diberi perhatian , kalau dulu ia adalah pilihan terakhir tetapi rasanya tidaklah pada masa ini.
Sempena hari jururawat ini marilah kembali mengimbau sejarah kejururawatan...

Tahukah anda siapa Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami ?

Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale. Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupakan seorang tabib (doktor). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.Beliau adalah seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan, mampu menggerakkan masyarakat untuk menghasilkan pekerjaan yang terbaik. Beliau mempunyai klinikal skill yang tinggi dan beliau mampu mengajarkan kepada para wanita lain. Beliau juga “public health nurse” di mana beliau telah keluar ke kawasan masyarakat untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan percuma.
Ketika kota Madinah dalam proses berkembang, Rufaidah رضي الله عنها mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan prajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa’ad bin Mu’adh رضي الله عنه yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah رضي الله عنها.
Semasa di dalam satu peperangan,beliau telah merawat Sa’ad bin Ma’adah dengan mencabut anak panah yang telah tertusuk di tangannya dan beliau telah berjaya menghentikan pendarahan. nabi Muhammad S.a.w telah beberapa kali melawat nya di khemah. akhirnya, Sa’ad Al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat.
Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Nabi Muhammad telah bersiap sedia untuk ke tempat peperangan Khaibar, Rufaidah dan sekumpulan jururawat sukarelawan telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut dan nabi Muhammad s.a.w telah memberi kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut untuk merawat para askar yang tercedera.
Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm ‘Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain. 

Siapa Florance Nightingale?
Mengikut sejarah, Florance Nightingale adalah seorang gadis British yang lahir pada 12 May 1820 diVilla La Columbia di Florence. Ayah beliau ialah Willian Edward Nightingale anak lelaki kepada William Shore seorang banker di Sheffield.. Dia telah bekerja di Military HospiTal di Crimea. Seorang wanita yang dihormati kerana telah membantu askar-askar yang telah tercedera semasa peperangan. Beliau juga merupakan tokoh jururawat selepas Rufaidah , tetapi lantaran sejarah kita yang pernah terjajah kita lebih diperkenalkan dengan Florance Nightingale yang juga di kenali sebagai 'Lady of the lamp', tetapi sebagai seorang islam kita patut tahu juga tokoh sebenar dalam islam agar kita tambah merasa bangga profession kita ini telah wujud sejak zaman rasullulah lagi.

Terimakasih, 
Sekalung penghargaan :   ogyayop ,mutiara kata


FRIDAY, 6 MAY 2011


Sejarah kejururawatan di Malaysia

Perkembangan kejururawatan di Malaysia bermula di era 1900an. Pada tahun 1913 berikutan pembukaan  sekolah Perubatan pertama iaitu pada tahun1905 di Singapura.Pada tahun 1913 nama sekolah tersebut ditukar kepada 'King Edward VII College of Medicine'
Diantara tahun 1940 hingga tahun 1960an perkembangan kejururawatan agak lembab sehinggalah perang dunia ke 2 dan Jepun menduduki Tanah Melayu, banyak wanita yang menjadi jururawat dengan tujuan keselamatan. Tidak ada latihan khusus yang ada pada masa itu.Latihan hanya diberi semasa bertugas dan diselia oleh matron atau sister sahaja.

Sekolah latihan jururawat yang pertama dibuka adalah pada tahun 1946 di Johor Bahru dan pengetuanya adalah Miss Henderson D.N.
Selepas itu banyak sekolah dibuka untuk melatih jururawat. Korikulum kejururawatan telah dikembangkan dan pelatih jururawat perlu menjalani kursus latihan selama 3 tahun 4 bulan.

Bagaimanpun karier kejururawatan di era tahun 1946 hingga 1960an tidak menarik minat ramai kerana dianggap kerja yang berstatus rendah dan juga kerana persekitaran kerja yang tidak kondusif.Majoriti wanita ketika itu adalah surirumahtangga.
Oleh kerana permintaan dan keperluan tenaga jururawat semakin meningkat  pada masa itu, jururawat dihantar ke luar negara bagi mengikuti latihan yang spesifik.

Pada tahun 1950 'Malaysian Nursing Board'(MNA) ditubuhkan dan diberi autonomi untuk menetapkan latihan jururawat  di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke 6. Semenjak dari itu latihan kejururawatan disusun dan lembaga jururawat bertanggungjawab memantau peperiksaan yang dijalankan dalam latihan kejururawatan.

Pada awal tahun 1970an permintaan terhadap kerjaya kejururawatan adalah tinggi sekoalh latihan tempatan di Malaysia tidak dapat menampung permintaan tersebut. Pada ketika itu ramai jururawat kebanyakan wanita keturunan China dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus kejururawatan.
Pada masa itu juga pendidikan di Malaysia semakin berkembangt dan kebanyakan wanita dapat mengikuti pendidikan secara formal dan mula memasuki bidang pekerjaan.Walaubagaimanapun ketika itu peluang kerjaya kaum wanita terhad kepada samada menjadi guru dan jururawat sahaja.Disebabkan itu banyak wanita muda menjadi jururawat walaupun menerima pendapatan yang rendah dan bukanlah kerjaya pilihan mereka.
Kebanyakan jururawat ketika itu adalah wanita.

Pada tahun 1980an ekonomi Malaysia meningkat maju , Malaysia mula mengalami tranformasi dari pertanian kepada negara perindustrian.
Kerajaan mula memberi penekanan yang lebih terhadap pendidikan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.Ekoran dari itu wanita telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.Oleh kerana itu bidang kejururawatan tidak lagi menjadi minat kaum wanita disebabkan lebih peluang pekerjaan lain yang ada.Ini juga menyebabkan kekurangan jururawat di Malaysia.

Pada tahun 1990 hingga 2000 pendidikan di Malaysia bertambah maju , pendidikan kejururawatan telah ditawarkan hingga ke peringkat sarjana.
Universiti Malaya merupakan universiti yang pertama  di Malaysia yang menawarkan program kursus sepenuh masa selama 2 tahun kepada jururawat yang mempunyai kursus 'post basic' dan 1 tahun kursus dengan memperolehi sijil dalam ,teaching, atau 'administration' dalam tahun 1993 dengan pengambilan perdana sebanyak 30 orang pelajar.

Universiti Malaysia Sarawak pula merupakan universiti pertama yang menawarkan pra pendaftaran mengikuti kursus sarjana muda pada tahun 1998 dengan pengambilan seramai 17 pelajar.

references:
NBBS 1203 Professionalism and Issue in Nursing B
Open University Malaysia.
0 comments  



SATURDAY, 7 MAY 2011


Nostalgia      sambutan hari  jururawat 2009

Tanggal 11 mei rombongan kami misi dari Kedah bertolak ke Kuala Lumpur sempena meraikan sambutan hari jururawat pada 12 mei 2009 di PWTC.Semangat masing masing berkobar kobar untuk menghadiri sambutan hari jururawat,apa tah lagi inilah  kali pertama saya dan beberapa rakan yang turut sama baru berpeluang meraikan hari jururawat bersama rakan rakan lain dari seluruh negeri di Malaysia . Biasanya saya menghadiri di peringkat daerah sahaja.

Semangat kami diduga ...dalam perjalanan van yang kami naiki rosak


Inilah aksi  kami yang tersadai di tepi lebuhraya tengahari panas terik.
Tengoklah tu ada yang tersenyum tapi... yang termenung tu agaknya tengah fikir" bila nak sampai ni "


Sabar ya ... tengok kawan kita yang sorang tu relaks je berposing  macam tulah


Yang ni pulak tengah dok fikir..."kenapalah kau van rosak pulak hari ini " 
Jangan sedih ya kawan kita akan sampai ke PWTC juga esok pagi matron tengah fikir tu.... apa apa pun matron kami ni tak pergi jauh dari van tetap setia di tepi van.


Tu kan ...dah masing masing dok contact mekanik  ...


Sampai juga akhirnya.







Di luar PWTC
dah nak balik ke Kedah
Inilah rakan2 saya.







Biarpun letih kami semua tetap berbangga dapat meraikan hari untuk jururawat. Ramai juga kawan lama yang saya jumpa di sana ada yang baru terjumpa pada hari tu sejak tamat belajar. Masing masing terkejut banyak dah kembang mekar ,dulu lain lah kita come belaka, la ni lagilah  comecome .
Kepada semua sahabat dan rakan  selamat menyambut hari jururawat. 

FRIDAY, 13 MAY 2011


Hari Jururawat 2011

Salam sejahtera,
         Sambutan Hari Jururawat peringkat kebangsaan 2011 di SACC Selangor telah pun berlalu. Rasanya selepas ini  Sister dan matron sibuk pulak mengatur sambutan untuk peringkat daerah masing masing, maklumlah bukan semua jururawat dapat hadir di peringkat kebangsaan hari tu.Apapun bagi semua jururawat hari jururawat tetap meriah ,walaupun seperti yang ditulis dalam Akbar Berita Harian 12 mei 2011 "Kasih Jururawat','Pengorbanan besar yang tidak dihargai'.tapi semangat jururawat tidak luntur jua. Syabas sahabatku.... jururawat sekelian  Tahun ini saya secara tidak rasmi jadi ketua  rombongan untuk ke SACC  saya di beritahu segala urusan telah siap diatur termasuk tempat penginapan.Senang lah macam tu kan....
Ada juga seorang ,dua jururawat yang akan bersama  rombongan kali ni beritahu saya, "saya dah tak sabar nak tunggu 12 Mei inilah kali pertama saya meraikan hari jururawat diperingkat kebangsaan". 11 Mei kami bertolak wajah masing masing penuh keceriaan.

         Tak sangka ....rupanya kali ini juga kami diduga lagi.....bilik yang kami tempah sebenarnya telah di release' oleh pihak hotel sebab tak buat bayaran bilik yang diberi kepada kami adalah atas ihsan kawan2 dari tempat lain. "kita kongsi 5 orang sebilik pun tak apalah sis".Bagi saya syukur Alhamdulillah ada juga tempat untuk bermalam malam ini. Baru sejam masuk ke bilik masing masing........... , saya dapat panggilan dari kawan yang menguruskan penginapan "maaf ya bilik kami terlalu padat saya nak minta bilik tu semula ". MasyaAllah....dah dekat 5.30petang sekarang ni di mana saya nak cari hotel lain yang berdekatan ni tadi nak sampai sini pun tersesat .
         Saya segera beritahu kawan kawan yang lain , kita kena keluar bilik ni atas sebab yang tak dapat dielakan ,mujurlah jururawat memang penuh dengan kesabaran dan sentiasa cepat bertindak atas apa pun jua situasi.Kami segera mengosongkan bilik dan mengangkat beg keluar.
Kita cari hotel lain , kalau jauh esok pagi kita keluar awal awal " Alhamdulillah kami dapat cari hotel yang agak selesa juga akhirnya.Apapun macam tahun 2009 juga kami akan tetap hadirkan diri ke SACC untuk meraikan hari jururawat.Ada juga yang sungguh bersemangat " Sis, kita keluar awai esok kami nak duduk depan takut tak nampak duduk belakang".Saya kagum dan terharu dengan semangat rakan seperjuangan saya... jururawat.

       Dan ....ini cerita pagi sebelum bertolak ke SACC saya dah bersiap nak keluar bilik untuk sarapan tiba-tiba pintu bilik diketuk orang, rakan sebilik saya membukanya.Sebaik pintu dibuka saya terdengar jeritan "Sis. malunya saya" kenapa..........?????.."saya ingat nak suprise sis tadi tapi tersilap ketuk bilik orang lain bila dia buka saja bilik saya terus jerit "HAPPY NURSES DAY" . orang tu terpinga pinga dan tersenyum "Ya,     misi tersalah bilik? " katanya pada kawan saya dah siap beruniform.Kami bertiga tergelak dan terus  keluar untuk sarapan.
Biar apa pun rintangan dan dugaan kami tetap ceria.. dan antara SMS yang saya terima hari itu 12 Mei

Nenek cakap MISI sekarang tidak macam dulu dulu, BAIK
Atuk cakap MISI macam ASTRO,macam macam ada
Ayah cakap MISI mengancam
Mak pulak cakap MISI ....takut nanti kena cucuk
Tapi bagiku MISI macam L'OREAL, .. kerana dirimu begitu berharga

SELAMAT HARI JURURAWAT

Adakala kita dicaci
Adakala kita dimusuhi
Adakala kita dimarahi
Adakala kita tidak dihargai
:- tapi..........
tapi kita tetap tersenyum pilu ,
kita tetap mara melangkah 
kita tetap sabar dan tekun
kita tetap jitu dan ikhlas.

         Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang sudi  melawat blog saya dan saya sungguh terharu di ketika 'opening ceremony' sambutan hari jururawat di SACC salah satu gambar dari blog saya dipaparkan  walaupun saya tidak diberitahu, saya ikhlaskan. Kesemua rakan saya yang berada dalam gambar tersebut tidak dapat hadir pada hari itu.Pastinya mereka akan terkejut kalau lihat gambar tersebut terpapar.


Gambar sekitar sambutan hari jururawat 2011


Wasalam. 0 comments  

FRIDAY, 27 MAY 2011


Kenapa jururawat perlu menyertai Persatuan Jururawat Malaysia

Salam,
    Sebagai seorang yang bergelar jururawat dan berbangga menjadi jururawat, adakah kita sentiasa menyokong persatuan yang mewakili jururawat? Sokongan jururawat yang padu  pasti akan memertabatkan profession kejururawatan sekali gus memertabatkan diri sendiri yang bergelar jururawat. 
Bagaimana hendak menyokong?..... mudah saja pastikan kita menjadi ahli persatuan MNA , lebih baik jika dapat menjadi ahli seumur hidup. Kenapa saya nak berkempen pula....saya bukan siapa siapa hanya jururawat biasa dan ahli biasa. Setelah sekian lama menjadi jururawat  dan menjadi ahli persatuan saya juga  telah menjadi 'defaulter' tak bayar yuran sekian tahun langsung nama saya terkeluar menjadi ahli,padahal selepas saja tamat latihan terus daftar sebagai ahli.

Saya rasa antara faktor berlaku demikian terhadap diri sendiri dan mungkin ramai lagi jururawat adalah kerana,
- Kurang kesedaran diri sendiri.
- Tiada penerangan yang jelas kepentingan menjadi ahli.
- Tidak tahu faedah menjadi ahli.
- Tidak ada ahli aktif/AJK yang benar benar sukarela  mengutip dan mengumpul yuran setiap tahun.
- Tidak mendapat info setiap aktiviti / perkembangan walaupun ada dibuat.
- Yuran susah dijelaskan oleh ahli walaupun yuran tidaklah begitu banyak dan membebankan.
- Tidak dapat menyertai aktiviti lantaran kongkongan tugas jururawat bekerja shift hanya sebahagian yang
   dapat hadir untuk mesyuarat atau aktiviti persatuan walaupun ada keinginan untuk menyertai.
         Walaupun apa alasannya  yang pentingnya kita mestilah menjadi ahli persatuan. Pepatah melayu menyebut "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh".Lihatlah jawatan lain yang sangat 'glamour' setiap tahun sambutan dibuat dihargai dan disanjung.
         Apa kurangnya jururawat........ hingga kita lebih dikenali  sikap yang tidak elok sahaja.Sesunguhnya memang sukar menghapus stigma yang telahpun  wujud sekian lama ,bagaimanapun ianya tidaklah mustahil andai kita bersatu dan  menjalankan tanggungjawab penuh etika dari peringkat bawah hinggalah ke peringkat atasan.Jika kita tak kesempatan cukuplah mulakan  menyokong   dengan menjadi ahli MNA dan hargai  rakan kita yang  bersungguh sungguh memperjuangkan hak kita.Syabas kepada senior senior kita, mereka ada yang telahpun bersara tetapi perjuangan mereka........ kita sedang mengecapinya  sekarang.
       
      Mujurlah saya tersedar dari menjadi 'defaulter' ahli sebelum bersara.