Thursday 12 July 2012

Doctors Brain,Nurses Heart

Saya tertarik dengan tulisan pada gambar di atas yang saya copy daripada facebook.Bravo! saya tak pasti sumbernya daripada mana tetapi..betulkan  .. itulah hakikatnya.
Apa pendapat anda pula?
Jururawat sebenarnya bukan saja jantung malah sebenarnya lebih dari itu.Apakah jururawat tidak menyedari betapa sebenarnya dirinya sangat berharga? .... Samada di bahagian Hospital atau Kesihatan apa saja tugas yang diserahkan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai tahap kualiti yang tertinggi.Setiap tanggungjawab yang diamanahkan dijalankan dengan sempurna. Hakikat inilah, rasanya tidak keterlaluan jika saya  berpendapat bahawa bukan saja pesakit malah unit-unit lain juga turut bergantung harap kepada jururawat bagi menjayakan tugas dan tanggungjawab mereka sendiri,malah tanpa bantuan daripada jururawat kebanyakan projek mereka tidak dapat berjalan lancar. 
Begitulah ibaratnya,  organ jantung ini walaupun semua tahu betapa pentingnya ia dalam satu tubuh manusia masih ia tidak dijaga rapi namun ia tetap berkhidmat sehingga yang paling akhir terhenti setelah yang lainnya tidak berfungsi lagi.
Walaupun begitu pentingnya jururawat merasakan  dirinya ini, tetapi dimanakah ia digredkan dalam organisasi? Jika kerana tidak berijazah Sudah ramai jururawat bertungkus lumus dan berjaya dengan usaha dan belanja sendiri untuk seiring dengan yang lain dengan mendapat segulung ijazah,tetapi hanya disimpan untuk kebanggaan sendiri dan anak-anak sahaja kerana peluang untuk mendapat kelayakan dan dihargai setimpal dengan kelayakan yang sama seperti orang lain terlalu sedikit.
Apapun jururawat tetap berbangga menjadi jururawat biarpun ibarat lagu yang tidak didendang.

Saturday 12 May 2012


                                                          HAPPY NURSES DAY!

 
Semalam adalah sambutan Hari Jururawat Sedunia.Jururawat di Malaysia seperti tahun sebelumnya turut meraikan hari untuk jururawat.Tahun ini saya tidak meraikan nya di SACC di peringkat kebangsaan.Kebetulan 12 Mei semalam saya bertugas dalam panggilan. Pengalaman manis tahun-tahun lepas tatkala menghadiri sambutan hari jururawat sesekali melintasi fikiran.Gembira jumpa kawan kawan semasa di Kolej jururawat dulu.Penuh Nostalgia dan pengalaman ada saya coretkan dalam blog ini.
Semalam selepas mengambil alih laporan dari KJ bertugas pagi di bilik 'on call', saya  membuat perancangan untuk menjalankan tugas hari ini . Keseluruhan jumlah pesakit di hospital mencapai hampir 100%, Saya pasti semua wad pasti sibuk di hujung minggu hari ini.Apapun harinya jururawat tetap menjalankan tugas.
Sebagai KJ bertugas 'on call' saya membuat rondaan di wad,. Dalam hati merasa bertuah bertugas 'on call' pada hari ini kerana saya dapat membuat rondaan disemua wad. Inilah peluang saya untuk menyampaikan ucapan 'Selamat Hari Jururawat' secara  langsung kepada rakan-rakan jururawat yang sedang  bertugas.Sudah tentunya saya juga tidak putus-putus menerima ucapan "HAPPY NURSES DAY". Seronoknya rasa meriah sendiri.Sesekali berselisih dengan pelawat di luar wad saya melemparkan senyuman tapi.... tak adakah seorang pelawat atau pesakit menyedari hari ini adalah hari jururawat? Dalam hati tertanya-tanya. Sedih juga. Tak ada siapa pun orang lain yang bukan jururawat yang mengucapkan kepada jururawat yang sedang bertugas pada hari untuk jururawat.
Saya terus membuat rondaan dari satu wad ke satu wad, memang semua wad agak sibuk.Semasa saya berjalan menuju semula  ke wad saya bertugas, seorang lelaki  berbangsa India menghampiri saya sambil mengendong sebuah kotak air minuman.."Misi boleh pinjam pen  dan kalau ada  kasi saya satu kertas".. Saya mengangguk sambil senyum dan menghulurkan pen dari kocek .Kebetulan saya juga membawa kertas A4, terus saya beri kepadanya. Sambil menulis sesuatu diatas kertas lelaki India tersebut memberitahu "ini kotak saya mau kasi  misi wad....(wad saya bertugas) isteri saya masuk sana , saya baru tadi tau, ini hari misi, ini saya beli hadiah emergency  juga mau kasi sama misi". Tergenang airmata saya disaat itu juga Ya Allah baru sekejap terdetik dihati saya tak adakah orang lain nak beri ucapan selain jururawat sendiri, tiba-tiba Allah mengutus lelaki India ini.: "saya tak tau mau tulis apa"  ujarnya lagi ini saja HAPPY NURSES DAY.. Saya mengucapkan terimakasih kepadanya dan juga menberitahu   hadiah sekotak air minuman laici dan ucapan beliau sangat bereti dan besar nilainya buat saya. Inilah ucapan yang saya nantikan iklas dari pesakit/keluarga di hari untuk jururawat. Mungkin jasa saya tidak sebesar mana, tapi saya bangga menjadi Jururawat.

Sekian.             
                                                             
                
   
















SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 2012