Monday 8 August 2011

Nasi Kerabu Utara

Inilah menu yang mesti dibuat oleh emak setiap kali bulan ramadhan sekurang-kurangnya 1 @ 2 kali sebagai juadah berbuka puasa. Hari ni saya akan buat nasi kerabu ni untuk berbuka.senang dan sedap.Menurut emak semasa bulan puasa untuk buat nasi ini boleh campur apa saja ulaman tidak mendatangkan mudarat malah lebih sedap.

Al Fathihah buat emak yang dikasihi.


Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
1 keping ikan talang
1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak

5 ulas bawang merah
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas muda
3 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk lada[boleh lebih jika suka]


Cara:
1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.
5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering,
udang kering, kerisik dan bawang.
6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin
bolehlah taburkan garam.

Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.
Lebih baik dimakan dengan sayur asam pedas keladi
Comments
1 Comments

1 comments:

  1. aiiyaaaaa........... sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa lama tak jumpa benda alah ni... menitik air liur dah ni.... tapi dok kota ni nak dapat kan ulam2 tu yang masalah tu.. dah la nak pakai 2 3 helai je... tapi kalau beli kena beli satu ikat.. membazir jer... yang nak makan pulak sorang jekk....... telan air liur je la

    ReplyDelete