Thursday, 20 October 2011

Jururawat oh Jururawat

Salam sejahtera,
entry kali ni saya berbalik topik kejururawatan, bosan ,jemu, letih,istilah yang tak saya kenali dalam bidang ini ,semakin lama menjadi jururawat semakin terasa sayang dan bangga dengan bidang ini,apatah lagi di ketika ini profesion ini bukan saja digemari tetapi memerlukan seseorang itu mempunyai tahap akademik yang baik untuk menceburinya.Fenomena ini  sekali gus menaikan martabat kejururawatan. Syabas dan tahniah jururawat muda lepasan U.Anda adalah perintis jalan dan bakal menjadi pewaris jururawat senior yang pasti terus berjuang untuk martabatkan profesion ini.Bagaimanapun untuk merintis belukar yang baru diterokai pasti penuh onak dan duri , janganlah anda gentar fasa tranformasi memang sukar tapi manis dikecapi bila telah sampai matlamatnya.Biarpun kita ibarat kura-kura yang berlumba tapi tetap berusaha sampai  kegarisan penamatnya.
Sebagai jururawat lama atau lebih sedap senior sikit saya merasa kami adakalnya kurang keberuntugannya.Kesian kan ...... melihat adik junior melangkah masuk dengan bangga menjadi J. U41, Kakak2 senior terliur mungkin masa dulu tak berpeluang.. tapi tetap redha atas Qada & Qadarnya .Lalu terjadi satu fenomena baru maka beramai ramai lah kakak senior ni memohon membuat PJJ untuk membuat ijazah juga daripada mengambil kursus pos basik.Kursus Pos Basik digalakkan bagi jururawat mempunyai kemahiran yang spesifik dalam bidang yang khusus.Bagaimanapun bukan semua mempunyai peluang mengikutinya , banyak sebab dan faktor yang disebaliknya yang menyebabkan banyak jururawat tidak dapat mengikutinya.Antaranya kekurangan jururawat yang sangat ketara diketika itu menyebabkan ketua2 jururawat berat hati melepaskan jururawat seliaanya untuk mengikuti  kursus pos basik kerana tiada pengganti jururawat yang pergi berkursus sekaligus beban kerja yang dipikul oleh jururawat yang tinggal semakin bertambah. Walau bagaimana pun jururawat tidak pernah lekang dengan sikap pengorbanan  tulus ikhlasnya tetap berkorban melepaskan rakan seperjuangan yang berpeluang mengikuti kursus pos basik, menanggung beban kerja yang dipikul 3 orang digalas oleh 2 orang jururawat yang tinggal, beban kerja yang  berat bertambah tak pernah dirungutkan @ dihebah untuk meraih simpati apatah lagi meminta ganjaran cukup saja apa yang diberi  diterima dengan redha,dan tidak pernah siapa yang tahu pelanggan /pesakit tetap dilayan seperti biasa.

Sahabat-sahabat ku jururawat sekelian jika anda telah lengkap dan berpeluang mempunyai kelebihan /kepakaran (pos basik) janganlah itu dijadikan sebagai satu jurang antara jururawat lain yang tidak mendapat peluang itu atas apa pun alasan nya.Janganlah itu menjadi pengukur dan pemisah kita keluarga jururawat.Galakkan adik2 jururawat yang  berminat untuk terus meningkatkaan diri dan pengetahuan kejururawatan selaras dengan zaman siber dan sematkan diri mereka dengan kejujuran dan keihklasan yang kita warisi daripada  jururawat terdahulu.

Berbalik kepada melanjutkan pelajaran ke peringat ijazah atau lebih tinggi dan kursus pos basik keduanya adalah penting dan diutamakan janganlah dipertikaikan kelebihan atau kekurangan mana-mana satunya.Secara peribadi pendapat saya,mereka yang sanggup melanjutkan pengajian dan mendapat ijazah dengan belanja dan inisiatif sendiri serta masa sendiri yang tidak pula meninggalkan tugas mengambil secara PJJ) patutlah dibanggakan dan diberi ganjaran setimpal kerana ini jugalah satu pengorbanan yang besar dan tidak seperti bidang lain yang mendapat sokongan dan peruntukan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah.

Bagaimanapun saya berpesan untuk jururawat lain dan juga diri sendiri lakukan yang terbaik dan lengkapkanlah diri kita jururawat dengan ilmu dan kepakaran kejururawatan agar satu ketika nanti kita bukanlah lagi...... seperti yang dinyatakan Muff (1988 cited in Chitty,2001) dalam organisasi kita bagaikan  'patriachal families' dimana jururawat ibarat
 ' anak kepada pentadbiran(daddies)' ,
 ' Pembantu (isteri) kepada Physician (husband) dan
 ' Loving mother' kepada pesakit (kanak2).
Jururawat melakukuan tugas dan tanggungjawab tetapi Jururawat bagaikan tidak dihargai dan diabaikan oleh keluarganya(organisasi).
 Sekian . coretan dan pandangan peribadi saya.




Comments
2 Comments

2 comments:

  1. kak ,.adakah mengambil jururawat (ijazah-u41) layak mendapat biasiswa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahirul Ashraf terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.maaf lewat reply.saya tak begitu pasti jwpan tepat soalan kamu,cuma apa yg boleh saya katakan jika mengambil pengajian ijazah sains kejururawatan biasanya boleh memohon PTPTN dan jika mendapat keputusan cemerlang mengikut syarat yg ditetapkan rasanya pinjaman dpt ditukar menjadi biasiswa seperti pengajian lain juga.

      Delete