Thursday 16 June 2011

Perginya Oren

Semalam 17 Jun 2011 malam  jumaat di depan rumahku sendiri kucing yang kami pelihara sejak dilahirkan oleh ibunya terkulai penuh berdarah. Sungguh tragis. Terkejut kami sekeluarga , mira paling kuat menangis , oren paling manja dengan mira. Nostalgia kucing bernama Oren yang menjadi sebahagian dari penghuni rumah kami, tiap kali kami sekeluarga balik dari berjalan keluar rumah ,oren akan berlari-lari balik dan siap menunggu di depan pintu , sebaik saja pintu dibuka pasti oren yang masuk dulu walaupun cuba dihalang.Bila saya tinggal di rumah hanya dengan Oren, Oren cukup kenal dengan bunyi enjin kereta kami walaupun banyak kereta lain yang lalu di depan rumah ,dia akan segera berlari tunggu di depan pintu seolah -olah nak buka pintu lagaknya.Kadang-kadang saya marah dia "ha..kenapa tak buka pintu" . Oren memandang saya macam mengerti apa yang saya cakapkan.
            Saya pernah marah Oren tidur tepi pintu dapur , tak perasan akan kehadirannya di situ saya terpijak ekornya yang panjang Oren terkejut dan menjerit,saya pun terkejut juga apalagi Oren kena marahlah ,"Tidur tengah jalan .padan muka kena pijak ekor" hari tu bila nampak saja saya Oren akan lari. tapi itu sat saja kucing bernama Oren ni pandai buat saya rasa kesian balik kat dia.

            Oren adalah anak pertama ibunya Mone,Dua ekor kembarnya dah mati masa kecil lagi. Ibunya Mone masa kecil datang mengiau depan rumah kami kelaparan. kerana kesian, anak-anak saya yang memang suka kucing beri makan dan terus Mone ambil keputusan tinggal di rumah kami sampai dah bercucu sekarang ni.Semenjak tu jugalah kami ada kucing di rumah.Sebenarnya banyak kepintaran Oren yang buat kami sayang pada dia.
Sayangnya Oren.....pagi ni ....tak nampak lagi Oren berjalan gaya malasnya di depan rumah dan berebut bilik air dengan anak saya Mira dan Linda untuk  masuk bilik air.



 Gambar Oren bersama adiknya Nini.


Di sinilah Oren bersemadi.



Walaupun banyak kucing lain tapi Oren buat kami sekeluarga menitis airmata pagiini  selepas menguburkanya di depan rumah dekat tempat dia di langgar mati.





الله-Daily Reminders-الله
Frequent the saying of Astaghfirullah. The Prophet used to say it 70-100 times a day. Don't only say it because of sin but because it keeps the heart pure and reminds us that we will one day be held accountable for all that we do, and should seek forgiveness before it's too late.


















No comments:

Post a Comment