Ahlan Ramadhan
Teringat masa berpuasa masa zaman kecik2 dulu, bulan puasa sungguh meriah tiap petang ibu akan menyediakan sejenis saja kuih sebagai juadah untuk berbuka.
tapi, bila tiba waktu berbuka kuih yang terhidang di atas meja tak kurang dari 5 jenis.itulah rezeki di bulan puasa. Bukan beli di bazaar ramadhan........ tetapi dari jiran2 yang terdekat.sebab tu ibu akan berusaha juga untuk buat sejenis kuih setiap hari bagi membalas pinggan kuih jiran.Bertukar hidangan berbuka untuk berbuka , bayangkanlah betapa besar fadhilatnya.
Terasa betapa uniknya bulan puasa. .. bayangkanlah betapa islam membentuk umatnya jika kita menghalusi segala nikmatnya.
Puasa kini meriah juga tetapi berbeza dulu ,mungkin zaman yang berubah ini tradisi turut berubah kini berbagai jenis kuih yang terhidang semuanya dari bazaar ramadhan.
Apapun kita mengikut arus kehidupan hari ini yang lama penuh nostalgia , cuma yang pentingnya bulan yang penuh barakah ini kita menafaatkan sepenuhnya. Alhamdullilah kita masih bertemu ramadhan tahun ini.
Teringat kata Allahyarhamah ibu 3 tahun dulu "entah tahun depan dapat jumpa ramadhan lagi, jadi tahun ini menafaatkanlah kerana tahun depan belum tentu lagi" itulah pesan ibu yang telah pergi menemui yang Esa.
Alfathihah untuk ibu tercinta semoga ibu ditempatkan bersama mereka yang mendapat rahmat Allah.
"Ya Allah ya Tuhanku ampuni dosa ibuku dan kasihani ibuku seperti mana ia mengasihani ku semasa masih kecil dan tempatkanlah ibu bersama sama orang yang engkau redhai." amin.
No comments:
Post a Comment