Tahukah anda bahawa perkataan "pendidikan " terdapat dalam al quran?
Dalam bahasa arab , pendidikan diterjemahkan sebagai tarbiyah.Dalam al quran ,pendidikan dibawa dengan kata dasar rabba yang bererti "mendidik".
Sila rujuk Tafsir Pimpinan Ar Rahman, ayat 24, surah al Isra. Dalam ayat ini Allah mengajar manusia supaya selalu mendoakan ibu bapa dengan menyebut:
"Ya Allah. ya tuhanku,cucurilah rahmat ke atas kedua dua ibu bapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang mereka memelihara dan mendidiku semasa kecil"
Abdul Halim El-Muhammaady (1993) membuat definisi pendidikan Islam sebagai yang berikut:
"Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal , jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu , al Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf al Salih serta ilmuan muktabar,untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggung jawab kalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan akhirat"
Ringkasnya pendidikan islam dapat dikategorikan kepada 2 bahagian
- Pendidikan Islam Mikro
- Pendidikan Islam Makro
Pendidikan Islam Makro pula ialah proses pendidikan secara tidak langsung dan tidak formal yang dimainkan oleh setiap individu , keluarga dan masyarakat Islam.
Apabila seseorang menegur perbuatan buruk dan sebaliknya mengajak orang berbuat baik, maka itu adalah pendidikan Islam secara makro.
INSTITUSI PENDIDIKAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM
Instirusi pendidikan pertama ialah rumah baginda S.A.W sendiri.Baginda mengajar dan mendidik ahli rumahnya dengan didikan Islam , iaitu percaya kepada kewujudan Allah yang maha Esa. Setelah itu baginda berpindah ke rumah kepunyaan Al Arqam bin Abil Arqam yang telah dijadikan pusat pendidikan Islam selepas ramai memeluk Islam dan rumah baginda tidak sesuai lagi dijadikan tempat belajar.
No comments:
Post a Comment