Friday 15 April 2011

Pengalaman dulu dan sekarang

Hari ni rasa nak kongsi cerita pengalaman,  masa kecil kecil dulu aku pernah intai kelas orang dewasa belajar menulis dan membaca, masa tu aku pun kecil lagi baru darjah 1@ 2 tahun 70an.Di sekolah aku pun belajar yang sama juga tapi bila tengok pak cik & mak cik tengah belajar aku rasa pelik dan lucu sikit ,dalam hati berkata orang tua pun belajar ABC juga.Aku dan kawan kawan suka duduk luar kelas tengok mereka belajar ,tapi Pak Mid(cik gu yang mengajar kelas dewasa tu) suka halau kami "pi main jauh jauh katanya" kami sebenarnya masa tu kami tak faham kenapa kami tak boleh tengok mereka belajar.rupanya cik gu Mid tak mahu murid muridnya (pak cik &mak cik) rasa malu pada kami budak budak kecil .Kalau teringat balik adalah jugak macam kisah cerita filem Allahyarham P.Ramlee (tak ingat tajuk filem)3 rakan yang masuk kelas dewasa sebab buta huruf dan berlaku kisah lucu yang mencuit hati.
Kagum pada orang orang dulu bukan saja sanggup berkorban untuk negara.bangsa dan agama tapi berusaha juga untuk memperbaiki diri sendiri.
Itu kisah dulu kisah sekarang ni , kebanyakan yang dah berpangkat pak cik & mak cik sekarang ni dah tak buta huruf lagi, kalau dulu orang masuk kelas dewasa sekarang ni masuk Universiti pula sama belajar dengan anak anak , (aku la tu) tak tau lah pulak samada ada sama anak anak seperti aku dulu mengintai kelas dewasa belajar dan tertanya baru nak belajar??? .

 

No comments:

Post a Comment