Salam sejahtera,
Suasana hari ini banyak mengundang situasi yang boleh menyebabkan kita menjadi tidak selesa dan kadang kadang tanpa di sedari mengganggu orang lain. Gejala ini juga membawa kepada tekanan mental..Boleh berlaku kepada semua orang seperti pelajar sekolah , penuntut universiti dan juga sesiapa sahaja.
Untuk mengelakannya kita boleh melakukan teknik relaksasi .
Teknik relakasi adalah satu teknik khusus yang digunakan untuk mengurangkan dan mengawal tekanan mental.Berdasarkan prinsip bahawa teknan mental adalahakibat dari ketegangan otot otot pada tubuh dan boleh dikawal maka pelbagai teknik relaksasi telah diwujudkan.Bagaimana teknik relaksasi boleh dijalankan?Cuba yang ini mungkin anda selesa.
Persediaan sebelum latihan relaksasi.
Sebelum menjalankan teknik relaksasi ambil perhatian perkara perkara berikut.
1.Suasana bilik /tempat yang tenang
2.Tiada gangguan bunyi bising
3.Keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan sejuk
4.Boleh dijalankan dalam keadaan duduk atau baring.
5. Diri dalam keadaan selesa iaitu pakaian tidak terlalu ketat,bukakan tali leher dan tali pinggang jika ada dan pergi ke tandas sebelum latihan dijalankan.
Teknik Jacobson
1. Duduk /baring dalam keadaan selesa relakslah sebaik yang mungkin.
2. Pejamkan mata sepanjang latihan relaksasi dan hanya boleh buka mata semula setelah selesai latihan ini dijalankan.
Genggamkan kuat kuat kedua dua belah tangan selama 10 saat. Tumpukan perhatian kepada ketegangan genggman anda.Kemudian lepaskan genggaman perlahan lahan .Rasakan ketegnagn itu hilang perlahan lahan .Ulangi proses itu sebanyak 3x
Kawasan tangan
Bengkokkan siku dan tekan kuat kuat kemudian relaks. luruskan semula dan rasa perbezaan nya
Relaks muka dan bahu
Kerutkan dahi dengan kuat kemudin relaks.
Pejamkan mata kuat kuat kemudian relaks
Kancingkan gigi kuat kuat dan relaks
Rapatkan bibir kuat kuat dan relaks
Rapatkan bibir kuat kuat dan relaks
Angkatkan bahu ke atas dan tahan kemudin relaks
Relaks dada dan perut
Tarik nafas dan tahan kemudian hembus perlahan lahan
Kempis dan kembungkan perut kemudian relak
Relaks pinggang dan peha
Luruskan peha dengan cara menekan tumit ke lantai dengan kuat dan kemudian relaks.
Tekan kaki dan ibu jari ke bawah dan relaks.
Bengkokkan kaki ke arah muka dan rasa keteganganya kemudian relaks
Sekarang anda boleh relaks dengan jalan menyedut nafas dan perlahan lahan lepaskan keluar. Biarkan mata anda tertutup supaya anda kurang sedar akan objek objek dan pergerakan sekeliling anda.
Teruskan relaks begitu ,apaibaila anda ingin selesai latihan anda kiralah ke belakang dari 4 hingga 1. Anda sepatutnya rasa segar , selesa dan terus terjaga
Bagaimana , cubalah mungkin dapat kurangkan stress anda di tempat kerja atau stress belajar.
No comments:
Post a Comment