Thursday 5 May 2011

Selamat menyambut hari Jururawat 2011

Tema hari jururawat 2011  -
   CLOSING THE GAP: INCREASING ACCESS AND EQUITY
Itulah tema sambutan hari jururawat tahun ini.Hari jururawat yang disambut setiap tahun pada 12 mei walaupun tidaklah se 'gah' sambutan hari yang lain tetapi sebagai seorang jururawat rasa bangga tetap ada kerana ada satu hari dalam 365 hari adalah hari untuk jururawat.Saban tahun profession kejururawatan di Malaysia semakin diberi perhatian , kalau dulu ia adalah pilihan terakhir tetapi rasanya tidaklah pada masa ini.
Sempena hari jururawat ini marilah kembali mengimbau sejarah kejururawatan...

Tahukah anda siapa Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami ?

Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale. Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupakan seorang tabib (doktor). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.Beliau adalah seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan, mampu menggerakkan masyarakat untuk menghasilkan pekerjaan yang terbaik. Beliau mempunyai klinikal skill yang tinggi dan beliau mampu mengajarkan kepada para wanita lain. Beliau juga “public health nurse” di mana beliau telah keluar ke kawasan masyarakat untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan percuma.
Ketika kota Madinah dalam proses berkembang, Rufaidah رضي الله عنها mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan prajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa’ad bin Mu’adh رضي الله عنه yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah رضي الله عنها.
Semasa di dalam satu peperangan,beliau telah merawat Sa’ad bin Ma’adah dengan mencabut anak panah yang telah tertusuk di tangannya dan beliau telah berjaya menghentikan pendarahan. nabi Muhammad S.a.w telah beberapa kali melawat nya di khemah. akhirnya, Sa’ad Al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat.
Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Nabi Muhammad telah bersiap sedia untuk ke tempat peperangan Khaibar, Rufaidah dan sekumpulan jururawat sukarelawan telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut dan nabi Muhammad s.a.w telah memberi kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut untuk merawat para askar yang tercedera.
Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm ‘Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain. 

Siapa Florance Nightingale?
Mengikut sejarah, Florance Nightingale adalah seorang gadis British yang lahir pada 12 May 1820 diVilla La Columbia di Florence. Ayah beliau ialah Willian Edward Nightingale anak lelaki kepada William Shore seorang banker di Sheffield.. Dia telah bekerja di Military HospiTal di Crimea. Seorang wanita yang dihormati kerana telah membantu askar-askar yang telah tercedera semasa peperangan. Beliau juga merupakan tokoh jururawat selepas Rufaidah , tetapi lantaran sejarah kita yang pernah terjajah kita lebih diperkenalkan dengan Florance Nightingale yang juga di kenali sebagai 'Lady of the lamp', tetapi sebagai seorang islam kita patut tahu juga tokoh sebenar dalam islam agar kita tambah merasa bangga profession kita ini telah wujud sejak zaman rasullulah lagi.

Terimakasih, 
Sekalung penghargaan :   ogyayop ,mutiara kata





Comments
1 Comments

1 comments:

  1. Keep writing. Saya suka jika lebih ramai jururawat menulis!

    ReplyDelete