Monday 11 April 2011

PERSONALITY DISORDER

PERSONALITY DISORDER
Individu yang  mempunyai personaliti ini mengalami gangguan emosi seperti kemurungan,kebimbangan atau kemarahan teatpi mereka mendakwa gangguan ini disebabkan oleh keadaan kehidupan atau kelakuan orang lain yang tidak baik. Mereka tidak menyalahkan corak kelakuan dirinya yang tidak sesuai

Etiologi
1. Keturunan
2. Persekitaran
    - Didikan ibubapa
    - Ibubapa bermasalah
    - Perasaan takut kepada penghinaan menyebabkan perasaan rendah diri. Keadaan ini menjadikan mereka
      menyalahkan orang lain untuk menutup kekurangan diri mereka (projection).

i. PARANOID PERSONALITY DISORDER
Pesakit sukar membentuk perhubungan dengan orang lain.
Pesakit mempunyai ciri ciri seperti

  • Argumentative
  • Sarcastic
  • Hostile
  • Suspicious
  • Guarded
ii. SCHIZOID PERSONALITY DISORDER
Pesakit yang mempunyai personality ini mempunyai kesukaran dalam membentuk perhubungan dengan rakan rakan atau pun dalam keluarganya sendiri.

Personality yang dicirikan dengan pengasingan diri:-
  • Kurang perhubungan dengan orang lain.
  • Suka bersendirian
  • Sensitif
  • Prasangka dengan orang lain.
  • Tiada kawan rapat.
  • Kurang berjaya dalam pelajaran.
  • Sukar mendapatkan pekerjaan.
iii. ANTISOCIAL PERSONALITY
Pesakit berumur lebih 18 tahun dan pernah mengalami conduct disorderpada umur lingkungan 15 tahun.Tingkah laku antisocial yang biasa dilakukan berulang-ulang sejak sebelum peringkat remaja seperti lari dari rumah,ponteng sekolah bergaduh,mencuri dan merosakan harta benda awam.


Pesakit mempunyai ciri ciri seperti:-
  • Bersikap agresif terhadap orang atau binatang.
  • Merosakan harta benda awam
  • Melakukan pendustaan dan penipuan
  • Tidak merasa bersalah apabila melakukan kesalahan
  • Mementingkan diri sendiri.
  • Tidak bertanggungjawab. dan bertindak mengikut perasaan.
  • Pesakit memandang pada (kuasa, kewangan dan seks)
Penilaian dilakukan apabila pesakit ini menunjukan tingkah laku yang memalukan dan tidak bertanggungjawab ,rekod jenayah,pasangan seks yang ramai,kerapkali suka menimbulkan pertengkaran dan pesakit tidak dapat menyara dirinya sendiri.Biasanya pesakit terlibat dengan ketagihan dadah.

iv. HISTRONIC PERSONALITY DISORDER

Pesakit mempunyai luahan perasaan yang sangat dramatik dan percakapannya seakan akan dibuat buat seperti bersandiwaara atau berlakon.
Pesakit mempunyai ciri ciri seperti
  • Perlukan perhatian dan selalu melibatkan diri dalam perhubungan dengan orang lain.
  • Bermula dengan minat selalu diganti denagn kebosanan.
  • Membuat persetujuan untuk mencapai matlamat yang sukar dalam jangkamasa yang panjang.
  • Mempunyai pengaruh untuk meyakinkan(impress) oranglain melalui pengalamannya.
  • Menarik / memikat.
  • Suka bergantung kepada orang lain.
  • Suka menipu diri sendiri dan kerap bercakap bohong untuk kepentingan dirinya.
  • Kemungkinan bertindak cuba mencederakan diri sendiri apabila menghadapi tekanan yang sukar diatasi.
  • Attention seeking behavior
  • Somatization.
iv NARCISSITIC PERSONALITY DISORDER

Pesakit mempunyi grndious dn perasaan bahawa dirinya sangat penting dalam sesuatu perkara.
Pesakit mempunyai ciri ciri seperti:-
  • Pesakit suka bercakap tentang kehebatan dirinya Tidak menghiraukan perasaan orang lain dan suka memperkecilkan keupayaan orang lain.
  • Perhubungan dan nilai prestasi kerja menurun kerana tidak boleh menerima teguran orang lain.
  • Mmentingkan diri sendiri menyebabkan mereka selalu memperalatkan orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan dan menganggap itu dalah hasil usaha sendiri.
  • Pesakit bertindak keterlaluan pada kritikan atau kekalahan ia juga merasa penuh kehinaan.
  • Pesakit ini selalu terlibat dalam substance abuse dan anorexia nervosa.
SUBSTANCE RELATED DISORDER
Penyalah gunaan dadah
  • Amphemine- Induced Disorder
  • Caffein - Related disorder
  • Cannabis - Related Disorder
  • Cannabis-Induced Disorder
  • Coccaine -Related Disorder
  • Coccaine -Induced Disorder
  • Hallucinogen use Disorder
  • Hallucinogen Induced Disorder

sekian.

Artikel ini dipetik dari sebuah buku mengenai kesihatan mental tetapi  'citation'tidak dapat diberikan kerana masalah teknikal harap maaf.
Bagaimana pun harap mendapat menafaat dan pengetahuan serta berdoalah supaya kita tidak tergolong dalam kelompok orang yang mempunyai sakit yang begini.
Sekiranya ada sedikit pun usahakan untuk mendapat rawatan agar tidak mengganggu orang lain serta mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
AMIN.
















No comments:

Post a Comment